The Apple of My Eyes
Nelly : Mak Long …you’re so big like Barney. <giggle>
Me : Whattttt….Barney??!!!
Nelly : But I luuvvv Barney…..<giggle>
(Patutkah aku bangga…atau patutkah ku bunuh saja itu Barney???)
Me : Mak Long?
Nelly : I luvvv u toooo…. <giggle>
Me : <Sengeh>…..(Tak jadi nak bunuh Barney)….
Ini la anak buah aku yang sungguh banyak songeh tapi sangat la rindu kalau lama tak jumpa.
Kalau aku boring2 or tensen aku pi la kacau dua hamba Allah ni (si abang dah besar sket..malu nak amek gambar..tak cool dia kata..menyampah!).
(",)
Finally…

Finally aku tengok CINTA..
Untuk kali yg ke berapa ntah..Brian telah menyelamatkan aku drpd aktiviti yg men-depressing-kan..n thanks to Syomir oso!
Komen pasal CINTA…shweett ..tu je..yg lain tu semua baca dalam paper…sama je ngan komen aku cuma aku nak tambah skett ..
1st quarter….lapaq nyaaaa…sbb boleh kata semua couple ada scene makan
2nd quarter…..sedih..
3rd quarter….semua predictable…
Last scene…..shweeettt..
Couple yg aku suka?…Tu yg kat atas sekali… ^_^
Buku on Sales Bukan Hakmilik..Tetapi Anugerah (”,)
Last nite was the third time aku lepak kat sini selepas 2 percubaan yg kurang berjaya.
1st Attempt
Masa tak sesuai. Sampai btwn maghrib n isya so kene retreat awal. Plus, teman melepak tak sekepala. Asyik ikut aku ja….aiyooo..ni pesta buku la bukannye zoo.
2nd Attempt
Tersilap jalan n ter-parking kat area situ. So turun je la lepak tapi panasnya ya rabbi…Kene la matikan niat nak lepak lama-lama.
3rd Attempt
Dengan rasa kurang bersalahnye ponteng kelas. Jemput besh fwen kat KLCC n off we go!! Yang bestnya bila lepak dgn org yg sekepala ni..u dont have to say much. Pakai telepathy je. Lps selamat parking, member aku trus keluar dari kereta..menonong je masuk ke tapak pesta tu. Masing2 buat hal sendiri…..heaven! Dari 7.30 pm sampai 11.00 pm lepak situ. Jumpa minah tu time bayar ja. Gila banyak pompuan ni borong..nampak cam Santa Claus la pulak ngan beg plastik besar penuh ngan buku..ho ho ho!!
Kalau korang interested nak pi, check la sebelah Balai Polis Dang Wangi.
Buku lama but not bad la. Hard-covered novels tak sampai RM20 pun!…(Some of them..)
Jangan la expect tmpt tu mcm Kino Kuniya, MPH or Times. Oso, jgn la expect to find buku yg seangkatan dengan Sophie Kinsella - Confession of a Shopaholic..buat penat jalan je. Setakat nak memanjakan diri ngan buku-buku yg once upon a time dulu tergedik2 nak beli tapi tak mampu..so time ni la nak melepaskan gian.
(",)
Dam Dam Dum..Bunyi Mercun!!
Wednesday November 01st 2006, 10:49 pm
Filed under:
Uncategorized
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Raya tahun ini aku telah berjaya meng-excuse-kan diri aku sendiri daripada berziarah. Memang la aku tau aktiviti ziarah tu teramat afdhal di bulan yang mulia ni but I have my reasons la.
Reason yang paling menguatkan hujah aku kenapa aku takleh melakukan aktiviti ziarah ni adalah disebabkan oleh aku telah diserang oleh kucing kesayangan adik aku di pagi raya! Serius makcik punya injury tapi digagahkan jugak pi beraya on the first day tu. Tapi masuk petang tu kaki dah membengkak dan diikuti dengan sakit yg maksimum. Masuk malam, tempat yg digigit tu dah bernanah. Maka bertambah kuat lah hujah aku utk tidak berziarah on the next day. 4 hari stranded kat rumah beb tapi takpe..aku suka!
Yang bestnya tahun ni semua pakcik2 n makcik aku mai beraya kat rumah. Almaklumlah…org sakit kan..heheheh. Yg paling best lagi disbbkan sume org raya kat rumah aku maka aku telah menggunakan kuasa veto utk membatalkan aktiviti bermain mercun di laman rumah aku. Aku rasa dlm hati budak2 tu mesti cakap mmg la patut aku kena serang ngan kucing tu. Sedara mara aku pun takde la nak bertanya soklan cepu mas time raya ni sebab beraya kat territory aku.
Yang aku notice raya kali ni..budak2 zaman la ada new issues. Kalau aku dulu sibuk la compare sapa dpt duit raya paling banyak or baju spa paling lawa..kali ni aku tgk anak2 buah aku (max 12 thn ok) dok sibuk compare kawan sapa paling ramai dlm MySpace, Friendster etc . Pehtu isu lain, camno nak tukaq background MySpace jadi lebih canggih, henpon sapa paling banyak function. Siap compare ngan aku tu! Cis cis cis! Duit syiling pun jadi isu time raya. Anak si Mahyud & Semin siap menjerit lagi dlm kheta bila dia tgk ada duit syiling dalam sampul. Tak pa..tak pa..tahun depan aku bagi kat anak hampa RM10..syiling sekupang semua..heheheh..syok tgk muka tension dia tu ^_^.
Pada kengkawan yg menziarah tu aku ucapkan timo kasih la. Yang jemput aku pi umah masa aku kat kampung tu pun timo kasih la jugak tapi sori takleh pi oleh pi oleh kerana sebab yang di atas. Yang bagi kad raya pun tenkiu sesangat aku ucapkan. Aku akan balas la within Syawal.
Untuk semua…Selamat Hari Raya!!
p/s : Perasan tak banyak sangat drama anak derhaka time hari raya ni pehtu sume parents tu mati kene langgar ngan anak sendiri..nak rasa sedih pun terbantut.
Mengidam
Aku bukannya mengidam nak makan benda pelik2 ni.
Aku mengidam KAD RAYA. Hard copy ok!
Dan kad aku idamkan tu haruslah bukan daripada mana2 service provider, dentist, insurance company, supermarket dan yang seangkatan dengannya.
Setakat hari ni aku cuma terima SEKEPING sahaja kad raya dari org aku kenal secara first hand nya..tu pun sebenarnya kad 2 in 1. Kad raya plus kad kawin…so tak excited sangat masa dapat tu.(Isu kawin ni sungguh sensitip time2 raya ni).. Tapi timo kasih la kat sahabat aku yg sudi menjemput tu. Semoga bahagia 4 eva n eva.
Dulu masa sekolah rendah siap ‘lawan’ sapa paling banyak dapat kad raya. Korang pernah dapat tak kad yang ada gambaq kucing kat dpn tu? Suatu masa dulu, itulah kad yg paling IN aku rasa. Dah la supplier kad raya kat sekolah tu cuma ‘Aunty Bookshop’ sorang tu je. Supply pun kurreng. Bayangkan kekadang tu 1 design sekeping. Hampeh..Sapa yg dapat beli design beshh tu boleh la riak barang 2-3 hari sebelum bagi kat member. Dalam tempoh 2-3 hari ramai la yg mengendeng nak soh bagi kad tu kat depa..Heheheh..kena la paham zaman tak interactive time tu..itu la kira one source of entertainment la jugak kan.
Oleh itu di bulan yg mulia ni yg tinggal berapa hari ja lagi ni ayuh la kita pakat2 menghantar kad raya..kalau tak kat kengkawan pun at least kat sedara mara..tak larat sangat pun kat parents kat kampung. Memang la bila balik nanti boleh wish terus tapi kalau bagi kad ni..syahdu le sket.
Baru ada feel..org kata..
2 Ramadhan 1427
3.48 p.m…. aku rasa pahala puasa aku dah tinggal separuh sebabnya:
- 8.45 a.m : Aku dah menyumpah-nyumpah (tapi dlm hati je) pasal kereta yg aku basuh (with my own hands!!!!!!) telah dicemari dengan puntung2 rokok..kat cermin depan pulak tu! Sakitnya hati aku. Dulu lagi la sadis..ada bangkai goldfish kat atas bumbung kete aku. Benci!
- 9.00 a.m. : Sampai opis boss dah ada kat dlm bilik aku. Baru ku sedar masa nak rush balik on Friday..aku terlupa nak tutup tingkap n switch off the pc. Terpaksa la bohong sunat cakap kata aku dah sampai pagi2 buta tadi but have 2 go back sbb tertinggal dokumen
- 10.30 a.m. : Big Boss kol. Menyumpah lagi dan lagi dan lagi dalam hati sbb banyaknye keje dia assisgn kat aku.
- 10.45 a.m. : Caught in a middle of ‘discussion’ between En. Yen & En. Ace. Sungguh berbaur lucah diskusi itu. Hilang lagi pahala aku. Plus lps tu dgr En. yen mencarut-carut pulak. Tolonglah!
- 11.00 a.m. - 1.00 p.m. : Buat keje sambil mendengar kengkawan seangkatan mengumpat boss sbb tak boleh balik awal hari ini.
- 2.00 p.m. - Current : Buat keje sambil guna office’s internet untuk tulis blog, search other jobs dan chat dgn kengkawan plus upload gambar. Dalam erti kata lain,mengabihkan letrik opis. But who can say no to this kind of picture. Comel kan…the cat la!!(Picture courtesy of Syomir, the tuan of the kucing). Btw, the cat’s name is HERRA..sungguh geram gua melihat tucin oren ini!
(Geram yang melampau tu affect pahala puasa ke..???)

Just For The Sake of Writing
Tuesday September 19th 2006, 11:06 pm
Filed under:
Membebel
Statement poyo hari tu adalah disebabkan oleh ketensionan di tahap melampau akibat terpaksa stayback kat opis time hujung minggu. Bak kata Senoh..org gila je kheja hujung minggu so last weken aku secara officialnya GILO!
Selepas membuat statement poyo itu..line tepon buat hal diikuti ngan line internet plak. Trus lupa apa yg aku nak tulis.
Sampai hari ni aku still lupa apa benda aku nak cerita kat korang.
Sori :p
Wanja Returns..Muahaha
Tajuk cam gempaq..
Sengaja mempoyokan diri!!
^_^
When U Think It’s Enough..Its Not!!!
Last Friday, 9.30 malam, jarum tangki minyak aku dah sampai kat E. Kalau ikut ilmu yg diturunkan oleh apak aku..E stands for ENOUGH..^_^
Aku isi saploh hinggit je sbb aku ingat sempat la nak sampai umah.
Kalau aku isi banyak nanti panjang la pulak langkah aku malam2 minggu.
Tetiba sampai kat flyover Jalan Gombak-Ulu Klang tu kereta aku cam semput2..haaa sudah!! pastu bukan takat semput dah..memang terus berenti takleh start…Untuk sepuluh minit yang berikutnya aku telah menyebabkan flyover u jammed!! What an achievement kan?
Nasib baik la ada hamba Allah ni berenti tolong isikan minyak plus tolak kete aku. tapi permasalahannnya di sini ialah kereta aku dalam position 60 degree so minyak takleh sampai ke enjin. Aaaa..sakitnye jiwa aku..
Dua buah kereta peronda polis dtg tolong aku mlm tu. The first one tu tolak kete aku pi tepi. Polis dlm sebijik kete lagi tlg pi beli petrol n call tow truck sbb bateri plak kong sbb bukak lampu lama sangat…What a day. Rasa cam nak mandi bunga je mlm tu.. :p
Pukul 12tgh malam baru aku sampai rumah. Nasib baik la housemateku yg sorang tu pi pungut aku dari crime scene.
Sesungguhnya aku amat terhutang budi ngan abang2 polis tu plus mamat yg aku cuma tau nama dia NIK..tak sempat berkenalan dgn lebih lanjut ditambah dgn housemateku hilangkan number mamat tu. Tenkiu everybody including my housemate n her friend yg terpaksa melangut ngan aku atas fylover tu sbb driver tow truck tu salah jalan..
Nampaknya ilmu apak aku tu terpaksa simpan dalam kitab je la sbb bila dah jadi mcm ni baru la aku admit…when u think it’s ENOUGH..it’s NOT!!!