Syawal 2005
Thursday November 10th 2005, 11:54 pm
Filed under: Uncategorized

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin

Bussannya kena balik kheja..masuk hari nih dah 4 hari aku kheja lepas raya..tapi still mood nak kheja tu agak kurrenngg..

Baru lepas baca blog Qawy…. Kes kene heret pi rumah sedara mara. Tu kes aku tawun lepas. Tawun nih aku berjaya escaped sbb adik aku ada exam lepas raya. So dia kene dok umah baca buku. Aku pun apa lagi..ambik la kesempatan mengelak konon2 nak teman dia baca buku. Konnonye la..Bukannya aku tamau mengeratkan silaturrahim tapi bila dikenang balik experience tawun lepas..ish ish ish letih wooo…bayak sedara mara kena ziarah ……sebelah ayah aku..sebelah arwah mak aku..sebelah ummi baru aku lagi…Aiyoo letih! Time tu ketupat rendang lemang sume memang dah takleh nak layan.Kepala otak aku dok pikiaq..NAK BALIK TIDOQ..NAK BALIK TIDOQ.

^_^

Musim Raya nih aku banyak dapt SMS dari kengkawan. Mostly konsep sama ja..ujung SMS tu mesti ada nama spouse n anak(s). Seronok aku tgk..cuak pun ada la gak skit. Tapi whatever pong selamat hari raya dan pada kengkawan aku yang dah/sedang/akan kawin or dapat baby baru tu aku ucap tahniah. Moga berkekalan ke anak cucu cicit piut dan seterusnya.

Tawun nih jugak aku dah cipta record untuk diri sendiri! Aku berjaya drive dari AS ke KL sorang2…still adik aku ada sebelah la jadi co-pilot. Function co-pilot nih utk make sure aku tak ngantuk. Aku nih ada history kheta aku jalan sendiri time aku drive..cam Knight Rider la plak..sbb aku terlelap. Cantik gak la kheta aku tersagat dgn divider. Nasib baik tak laju..kheta pun tak banyak. Kalau tak aku ni dah jadi statistik Ops Sikap tawun lepas. Selalunya aku amek turn ngan adik aku gilir2 drive. Tapi tawun  ni aku bagi dia tidoq. Naik kejang gak kaki aku. Bayangkan bertolak 4ari AS pukul 4 ptg..sampai kat KL ni dah dekat kol 1 pagi. Adoiii…ketaq lutut aku bila keluar dari kheta. Jammed dari Sungai Perak sampai Rawang…Eii tobatt!!

Di bulan yang mulia ni, aku punya mission ialah nak abihkan tgk CD Full House. Memang la banyak lagi aktiviti yang lagi mulia dari ni tapi dari bulan lepas aku tgk tak abih2 lagi. Sayang nak perabih cepat2. Aku dah tgk 8 CD..tinggal belen lagi 8 CD. Smlm aku tgk part depa gaduh pastu minah ni (aku tak ingat la nama dia) stuck kat dalm hujan. Ada translation lagu!!..tapi tak penuh L…Syahdu la sat smlm. Sesapa yg ada full translation lagu tu (lagu intro) sudilah kiranya forward kat aku. Jasamu akan ku kenang forever bebeh!

Ok la aku rasa aku dah dapat mood nak sambung buat kheja. So buat semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri ni aku nak mintak maaf ..kot2 salah cakap ke..salah sbb tak tercakap ke ;) ….semua-semualah yg tersalah silap…..Maaf Zahir Batin

Buat kengkawan kat KL nih jemput la mai umah. Aku buat open house hari2. Kuih dah tak dak so kita makan je  la apa yg ada ek.

Ok lah..SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN!!!!