Dam Dam Dum..Bunyi Mercun!!
Wednesday November 01st 2006, 10:49 pm
Filed under: Uncategorized

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Raya tahun ini aku telah berjaya meng-excuse-kan diri aku sendiri daripada berziarah. Memang la aku tau aktiviti ziarah tu teramat afdhal di bulan yang mulia ni but I have my reasons la.

Reason yang paling menguatkan hujah aku kenapa aku takleh melakukan aktiviti ziarah ni adalah disebabkan oleh aku telah diserang oleh kucing kesayangan adik aku di pagi raya! Serius makcik punya injury tapi digagahkan jugak pi beraya on the first day tu. Tapi masuk petang tu kaki dah membengkak dan diikuti dengan sakit yg maksimum. Masuk malam, tempat yg digigit tu dah bernanah. Maka bertambah kuat lah hujah aku utk tidak berziarah on the next day. 4 hari stranded kat rumah beb tapi takpe..aku suka!

Yang bestnya tahun ni semua pakcik2 n makcik aku mai beraya kat rumah. Almaklumlah…org sakit kan..heheheh. Yg paling best lagi disbbkan sume org raya kat rumah aku maka aku telah menggunakan kuasa veto utk membatalkan aktiviti bermain mercun di laman rumah aku. Aku rasa dlm hati budak2 tu mesti cakap mmg la patut aku kena serang ngan kucing tu. Sedara mara aku pun takde la nak bertanya soklan cepu mas time raya ni sebab beraya kat territory aku.

Yang aku notice raya kali ni..budak2 zaman la ada new issues. Kalau aku dulu sibuk la compare sapa dpt duit raya paling banyak or baju spa paling lawa..kali ni aku tgk anak2 buah aku (max 12 thn ok) dok sibuk compare kawan sapa paling ramai dlm MySpace, Friendster etc . Pehtu isu lain, camno nak tukaq background MySpace jadi lebih canggih, henpon sapa paling banyak function. Siap compare ngan aku tu! Cis cis cis! Duit syiling pun jadi isu time raya. Anak si Mahyud & Semin siap menjerit lagi dlm kheta bila dia tgk ada duit syiling dalam sampul. Tak pa..tak pa..tahun depan aku bagi kat anak hampa RM10..syiling sekupang semua..heheheh..syok tgk muka tension dia tu ^_^.

Pada kengkawan yg menziarah tu aku ucapkan timo kasih la. Yang jemput aku pi umah masa aku kat kampung tu pun timo kasih la jugak tapi sori takleh pi oleh pi oleh kerana sebab yang di atas. Yang bagi kad raya pun tenkiu sesangat aku ucapkan. Aku akan balas la within Syawal.

Untuk semua…Selamat Hari Raya!!

p/s : Perasan tak banyak sangat drama anak derhaka  time hari raya ni pehtu sume parents tu mati kene langgar ngan anak sendiri..nak rasa sedih pun terbantut.